Monday 10 February 2014

Bersama Bahagia & Membahagiakan

Program Motivasi Kekeluargaan - "Bersama Bahagia & Membahagiakan"  anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diadakan pada 9 Februari 2014, Sabtu bermula jam 1.45 petang  sehingga 4.30 petang bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan, Kuala Terengganu.

Tiaranita Terengganu telah dijemput menyertai program ini bagi membuka minda masyarakat kepada kehidupan yang positif, berjiwa positif dan berfikiran positif. Selain itu juga ianya adalah untuk mendorong ahli untuk mengubah perspektif kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya melalui sentuhan motivator tersohor Negara ini iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad yang telah menerima pencapaian 
Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh, Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu. 
Tetamu jemputan yang hadir pada majlis ini adalah YBhg. To’ Puan Siti Norbiha, isteri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut sama hadir , Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad bersama ahli Tiaranita Terengganu,  Jabatan jabatan Kerajaan serta NGO seramai lebih daripada 1000 orang peserta.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat dan mencapai matlamat kepada semua ahli tiaranita Terengganu

"Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"

















No comments:

Post a Comment