Thursday 13 February 2014

PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN & ALIRAN TUNAI PERNIAGAAN ANJURAN YPU

Program Pengurusan Kewangan & Aliran Tunai Perniagaan Anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu telah diadakan pada 11-12 Februari 2014 g bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kebolehan dalam menguruskan sumber kewangan secara berkesan dan meningkatkan kefahaman tentang kedudukan sebenar kewangan syarikat, meningkatkan kebolehan usahawan dalam membuat perakaunan, meningkatkan arah tuju sebenar sesebuah perniagaan dengan memahami lebih lanjut tentang pengurusan perakaunan dan kewangan syarikat.

Disamping itu juga Program ini juga  telah dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta memberi idea melalui konsep menjana pendapatan kewangan, pentadbiran harta/ asset kepada anggota  Tiaranita yang menyertai kursus ini disamping menggalakkan ahli dan anggota dari kalangan GEN Y yang aktif dalam membangunkan objektif Tiaranita dan Syarikat. Adalah menjadi dasar utama Tiaranita membantu Syarikat menyediakan keperluan yang diperlukan oleh anggotanya.  

Semoga dengan manafaat dari program yang dihadiri ini, Tiaranita Terengganu akan dapat membantu TM dan memberi sepenuh komitmen terhadap program kemasyarakatan dan akan memajukan kecemerlangan dalam acara-acara yang berkaitan dengan Pendidikan, Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), Kebajikan, Keagaaman, Ekonomi, Sosial serta Alam sekitar disamping keperihatinan kepada Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, anak yatim dan fakir Miskin bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan dan NGO’s di negeri Terengganu dan juga diluar Terengganu ini disamping menjana hasil untuk kecemerlangan Tiaranita Terengganu dan Syarikat TM selanjutnya serta mencapai objektifnya.











2 comments: