Thursday 20 February 2014

MAJLIS MESYUARAT AGUNG TIARANITA TERENGGANU KALI KE 8, SESI 2014-2016

Majlis Mesyuarat Agung Tiaranita Terengganu Kali Ke 8 Sesi 2014-2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Februari 2014, Rabu bermula jam 1.45 petang  sehingga 6.15 petang bertempat di Dewan Seminar , TMTC Medan Jaya,  Kuala Terengganu.

Majlis mesyuarat ini telahpun disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Negeri Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu. Didalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa Tiaranita dan ahli-ahlinya telah membantu dan menyumbang kepada kejayaan TM Terengganu dalam pelbagai aspek termasuk sumbangan kepada operasi dan imej TM keseluruhannya dan beliau percaya HASIL YANG LUAR BIASA ADALAH DATANG DARIPADA CARA KERJA YANG LUAR BIASA.

Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad dalam ucapan Alu-Aluan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Tiaranita 2012-2014 yang telah berusaha gigih membawa TIARANITA TERENGGANU ke satu tahap yang disegani sepertimana kini... Bagi Jawatankuasa baru sesi 2014-2016, beliau berharap semua barisan baru ini akan meneruskan usaha yang baik untuk menjadi lebih hebat dan dapat “MOVING FORWARD” dan “EXPLORE THE POSSIBILITIES”. “FOR THE CHANGE”  adalah merupakan simbol yang akan  direalisasikan dalam TIARANITA TERENGGANU.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat dan mencapai matlamat kepada semua ahli tiaranita Terengganu





No comments:

Post a Comment