Pada 08 - 10 Mei 2015, Biro Ekonomi & Sosial Tiaranita
Terengganu telah menjalankan aktiviti jualan bertempat di Bukit Gambang Resort
City, Kuantan Pahang bersempena dengan Program Hari Tiaranita Nasional
2015. Tiaranita Terengganu telah membuka 3 gerai bagi tujuan
tersebut. Di antara barangan tersohor dari bumi Terengganu yang dijual
pada hari tersebut ialah keropok vakum, keropok keping, kain sutera, kain
batik, kaftan serta makanan ringan yang lain-lainnya melambangkan citarasa dari
negeri penyu ini.
Selain dari AJK Biro Ekonomi, ahli-ahli serta isteri-isteri anggota juga
telah turut sama membantu memasarkan barangan yang dijual pada hari
tersebut. Seramai lebih kurang 21 ahli-ahli dari Tiaranita Terengganu
menyertai Program Hari Tiaranita Nasional 2015 ini yang telah diketuai oleh
Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Hj Ahmad.
Aktivit jualan yang bermula pada 9 - 10 Mei 2015 telah mendapat sambutan
yang amat menggalakkan dan secara keseluruhan barangan yang dijual dari
Tiaranita Terengganu terutamanya barangan seperti keropok vakum dan keropok
keeping telah habis terjual kepada seluruh peserta dari seluruh Malaysia yang
berkampung di Gambang Resort City ini.
Tahniah dan Syabas….!!.. Kepada Biro Ekonomi kerana dapat menjana
pendapatan kepada persatuan juga kepada semua AJK serta ahli-ahli Tiaranita
Terengganu yang telah turut sama membantu penjualan semasa program ini
berlangsung. Sokongan, semangat kerjasama serta komitmen yang diberikan
oleh semua ahli-ahli & isteri-isteri didalam merealisasikan segala aktiviti
di Program Hari Tiaranita Nasional 2015 ini amatlah dihargai dan amat bermakna
untuk Tiaranita Terengganu meningkatkan lagi hasil pendapatan buat Tiaranita
Terengganu khasnya.
Sesungguhnya cara kerja yang luar
biasa akan mendatangkan HASIL YANG LUAR BIASA.....











No comments:
Post a Comment