WARGA TIARANITA SEKALIAN....
Pada 13 Mei 2015 (Rabu) , Biro Keahlian & Rekreasi,
Tiaranita Terengganu telah mengadakan satu program amal dan gotong-royong
membersihkan Surau di Kompleks TM Medan Jaya, Rusila, Terengganu.
Aktiviti ini telah dilaksanakan selepas waktu pejabat bermula jam 6.00
petang-7.00 malam. Seramai lebih kurang 15 orang ahli Tiaranita serta pelajar MMC telah turut sama
didalam menjayakan aktiviti ini. Objektif pembersihan Surau ini dilaksanakan adalah bagi menyambut
kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi.
Dengan adanya aktiviti sebegini akan menambahkan lagi
semangat muhibbah dan kerjasama diantara ahli-ahli Tiaranita
di negeri Terengganu ini. Amalan membersihkan surau ini merupakan
salah satu amalan yang sangat mulia dan besar ganjaran pahalanya disisi Allah
SWT. Sesungguhnya kebersihan itu mencerminkan akhlak kita sebagai
seseorang yang mementingkan kesucian dan sebagai seorang yang beragama Islam.
Program ini juga turut disertai oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah
Siti Salwah Haji Ahmad.
Semoga amalan murni ini ini dapat dilakukan secara
berterusan demi kebaikan & keselesaan kita semua disamping memupuk rasa
kecintaan kita semua terhadap rumah Allah SWT.
Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

























No comments:
Post a Comment