Tiaranita Terengganu melalui Biro Ekonomi diketuai oleh
Roselawati Abdul Hamid telah mengedarkan “Sampul Raya Tiaranita Terengganu”
secara percuma sebanyak 2 paket
setiap seorang kepada semua ahli bermula 5 Julai 2015 (Ahad). Di samping itu
Tiaranita juga telah menawarkan sampul raya yang menarik ini dengan harga RM2.50
(1 paket) kepada ahli-ahli dan anggota TM serta orang luar yang ingin membuat
pembelian sampul raya berkenaan. Pengedaran sampul raya ini telah pun di buat
melalui wakil setiap premis TM yang telah pun di
kenalpasti. Tahniah dan Syabas….!!..
Kepada Biro Ekonomi kerana telah menjalankan aktiviti dan
menjana pendapatan kepada persatuan serta kepada semua AJK serta ahli-ahli
Tiaranita yang telah turut sama membantu pengagihan dan membuat pengedaran
sampul raya berkenaan. Semangat kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh
semua ahli dalam merealisasikan segala pengedaran dapat berjalan dengan lancar
amatlah dihargai dalam menjana ekonomi Persatuan Tiaranita Terengganu.












No comments:
Post a Comment