Pada 13 Julai 2015 (
Isnin ) Tiaranita Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan
Kepada Ibu Tunggal, Anak Istimewa (OKU) dan Penyakit Kronik bertempat di BIlik
Mesyuarat Tingkat 3, Bangunan TM, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Penyerahan sumbangan telah di sempurnakan oleh Tn. Hj. Hamidun Ismail, Pengurus
Besar Negeri, TM Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu.
Turut serta di majlis ini ialah Pn. Hjh. Siti Salwah Hj. Ahmad, Presiden
Tiaranita Terengganu yang di hadiri juga oleh lebih kurang (7) tujuh orang AJK
Induk Tiaranita.
Seramai (7) tujuh
orang ahli Tiaranita dari beberapa kategori iaitu dari kategori Ibu
Tunggal, Anak Istimewa & Penyakit Kronik telah menerima sumbangan
tersebut. Sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakhah dan
seiring dengan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri ini sedikit sebanyak
semoga dengan sumbangan yang tidak seberapanya ini dapat dikongsi untuk
kebaikan bersama.
Majlis ringkas ini
juga telah di akhiri oleh ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir
Batin dari Tn. Hj. Hamidun Ismail serta Pn. Hjh Siti Salwah Hj. Ahmad kepada
semua yang hadir dan semoga gembira di hari lebaran ini bersama keluarga
tersayang.











No comments:
Post a Comment