RAMADAN tiba lagi! Di bulan penuh keberkatan ini, ramai
umat Islam berlumba-lumba mengejarkan ibadah yang dijanjikan pahala berlipat
ganda oleh ALLAH SWT. Selain menjalani ibadah, Tiaranita Terengganu melalui Biro Kebajikan dan Keagamaan
mengambil peluang untuk menjana lebih
pendapatan dan telah berjaya
mengatur strategi pemasaran bagi memenuhi
permintaan kuih raya bagi Syawal tahun ini dengan menjalankan aktiviti penjualan “Biskut Raya
Tiaranita Terengganu 2015” kepada seluruh ahli tiaranita dan warga
TM. Pengedaran biskut raya yang ditempah ini telah pun di buat melalui wakil
setiap premis TM yang telah pun dikenalpasti.
Tahniah dan Syabas….!!.. Kepada Biro Kebajikan dan Keagamaan yang telah menjalankan
aktiviti dan menjana pendapatan kepada persatuan serta kepada semua AJK serta
ahli-ahli Tiaranita yang telah turut sama membantu pengagihan dan membuat
pengedaran biskut raya berkenaan. Semangat kerjasama serta komitmen yang
diberikan oleh semua ahli dalam merealisasikan segala pengedaran dapat berjalan
dengan lancar amatlah dihargai dalam menjana ekonomi Persatuan Tiaranita
Terengganu.







No comments:
Post a Comment