Friday, 10 July 2015

Tiaranita Terengganu Sertai Program Tadarus Al-Quran dan Tazkirah Ramadhan di Kediaman Menteri Besar Terengganu

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program yang disertai dan dirancang adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. “Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.

Pada 10 Julai 2015, Tiaranita Terengganu yang di ketuai oleh Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu serta seramai tujuh orang AJK Tiaranita Terengganu telah menyertai Program Tadarus Al-Quran dan Tazkirah Ramadhan di Kediaman Seri Iman Kuala Terengganu. Program ini telah mendapat undangan dari YBhg. To’ Puan Seri Hajah Halina Zakaria, isteri Menteri Besar Terengganu. Beberapa NGO lain yang turut juga di undang oleh beliau antaranya adalah Persatuan Srikandi, Puspanita, Usahanita, Kemas dan beberapa orang wakil dari Ketua-Ketua Jabatan yang berhampiran.

Tazkirah Ramadhan bertajuk “Mencari Bonus di Akhir Ramadhan” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki, Imam Besar Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Tadarus membaca Al-Quran mengikut juzuk yang telah ditentukan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama To’ Puan Seri dan Tiaranita Terengganu.  Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. 












No comments:

Post a Comment