Pada 9 Julai 2015, Tiaranita Terengganu dengan kerjasama
KELAB TM, BAKIT dan PET Terengganu telah menganjurkan Program Tautan Mesra TM
Ramadhan 1436H/ 2015. Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim bertempat di
Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Kompleks Tahfiz & Anak Yatim
Chendering Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 87 anak yatim dan pelajar tahfiz yang
diraikan. Majlis di mulakan dengan
ucapan aluan oleh Pengasas & Penasihat Madrasah Ustaz Wan Muhammad Mizan W.
Abdul Latiff dan Ucapan oleh Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar Negeri TM
Terengganu. Turut hadir Hajah Siti Salwah Haji Ahmad Presiden Tiaranita
Terengganu. Majlis penyerahan sumbangan kepada kepada anak-anak yatim telah di
sampaikan oleh Haji Hamidun Ismail dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama
anak-anak yatim dan sebahagian dari anggota-anggota TM yang turut hadir di mana
berakhir dengan solat maghrib berjemaah dan makan malam. Seramai lapan orang AJK
Tiaranita Induk yang turut serta ke majlis berkenaan .








No comments:
Post a Comment