Thursday, 20 August 2015

FORUM ”MENGGAMIT SINAR BAHAGIA NEGERI TERENGGANU 2015”

Pada 19hb Ogos 2015, ( Rabu ) TIARANITA Terengganu yang di ketuai oleh Pn.Hajah Siti Salwah Hj Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu serta seramai 4 orang AJK Tiaranita Terengganu telah menghadiri Forum ”MENGGAMIT SINAR BAHAGIA NEGERI TERENGGANU 2015” bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.  Program ini telah mendapat  jemputan dari PUSPANITA Cawangan Terengganu yang mana ianya di anjurkan bersama dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu serta Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.  Turut hadir di program ini adalah Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu, NGO-NGO serta wakil dari Ketua-Ketua Jabatan yang berhampiran.

Di antara ahli panel yang di undang bagi memberi ceramah yang berkaitan dengan kes penderaan kanak-kanak serta keganasan rumahtangga ini adalah Professor Siti Hawa Ali dari Universiti Sains Malaysia dan ASP Tengku Maslina Mansor dari Polis DiRaja Malaysia dan Ustaz Haji Muhammad Ramli Haji Nuhdari Yayasan Islam Terengganu sebagai moderator.  Program yang julung-julung kali diadakan di negeri Terengganu ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg To’Puan Seri Hajah Halina Zakaria, isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu.  Di antara objektif program ini sebenarnya adalah untuk meningkatkan kesedaran wanita negeri Terengganu berkaitan dengan isu mengenai keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak serta langkah-langkah perlindungan dan bantuan dalam menangani isu ini.  

Disamping itu juga ianya bertujuan untuk mempereratkan hubungan dan kerjasama di antara NGO dan Jabatan Kerajaan di negeri Terengganu. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari semua Jabatan serta NGO yang telah di jemput.  Wakil dari Tiaranita Terengganu iaitu Pn. Zainab Ngah turut juga memberi cadangan dan buah fikiran semasa sesi soal jawab di dalam program ini.  Program berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.









No comments:

Post a Comment