Sunday 30 August 2015

SYABAS TIARANITA TERENGGANU - ANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA USTAZ SYED NORHISHAM

Pada 29 Ogos 2015 ( Sabtu ) Tiaranita Terengganu telah menganjurkan  MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA USTAZ SYED NORHISYAM bertempat di Dewan Besar Kristal Kenyir, Kompleks TM Medan Jaya, Rusila, Kuala Terengganu.  Majlis Makan Malam Amal ini adalah merupakan inisiatif daripada Tiaranita Terengganu dengan kerjasama pihak PIBG SK Rusila bagi menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan hangat oleh para pendokong dakwah disekitar Terengganu dan Lembah Kelang.

Majlis ini bermula seawal 7.30 malam dan berakhir jam 11.30 malam. Ucapan Aluan telah disampaikan YDP PIBG SK Rusila En Hassan Jusoh dan diikuti ucapan oleh Tuan Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Terengganu merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu. Turut hadir di majlis ini ialah Pn. Hjh. Siti Salwah Hj. Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu. Majlis Makan Malam dengan bertemakan “ IBU BAPA TERAS GENERASI MITHALI” diharapkan akan dapat membimbing kecemerlangan akademik dan akhirat kearah melahirkan anak-anak  yang bukan sahaja memiliki modal insan yang berkualiti, malahan pelajar yang cemerlang, gemilang dan menjadi  insan terbaik. 

Sebanyak 550 tempat duduk yang disediakan pada majlis itu telah habis terjual dan mendapat sambutan yang luarbiasa yang menawarkan pakej RM50 seorang yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Syabas dan Tahniah kepada  AJK Kerja Tiaranita Terengganu diatas kejayaan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ini.  Semoga apa yang dihasratkan melalui penganjuran Majlis Makan Amal ini dapat direalisasikan sepenuhnya kelak. Semoga program ini mendapat limpahan kurnia dan keberkatan oleh Allah S.W.T.

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam























No comments:

Post a Comment