Friday 4 September 2015

Perlawanan Persahabatan Bowling diantara Tiaranita Terengganu & Tiaranita Kelantan

Pada 03 September 2015 (Khamis), Tiaranita Terengganu telah menerima kunjungan mesra dari Tiaranita Kelantan yang  di ketuai oleh  Pn Hajjah Norizan Ibrahim, isteri kepada Pengurus Besar Negeri Kelantan beserta beberapa orang AJK serta ahli-ahli seramai lebih kurang 21 orang.   Sempena dengan kunjungan Tiaranita Kelantan ke negeri Terengganu, Tiaranita Terengganu telah mengadakan perlawanan persahabatan bowling diantara kedua-dua negeri.  Acara penyampaian hadiah bowling telah disempurnakan oleh Pn Hajjah Siti Salwah Hj Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu.  Keputusan pertandingan perlawanan bowling persahabatan ini telah diraih oleh Tiaranita Kelantan yang memenangi  tempat kedua dan pertama manakala  Tiaranita Terengganu telah menduduki tempat yang ketiga.   Seramai lebih kurang 13 orang termasuk AJK dan ahli-ahli dari Tiaranita Terengganu turut mengambil bahagian didalam acara bowling ini.  Perlawanan tersebut telah berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, meriah dan harmoni.  Kesemua aktiviti diatas telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai Terengganu.





































No comments:

Post a Comment