Friday 4 September 2015

TIARANITA TERENGGANU DALAM AKTIVITI "HORSE RIDING" DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT, KUALAI IBAI, TERENGGANU

Pada 03 September 2015, AJK Tiaranita Terengganu telah menyertai aktiviti “Horse Riding“ di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Terengganu bagi mendalami sendiri pe¬ngalaman aktiviti berkuda serta memberi pendedahan kepada semua AJK Tiaranita mengenai cara-cara ataupun teknik-teknik yang betul bagi menunggang kuda di samping merasai sendiri pengalaman tersebut. Aktiviti ini telah diketuai oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad.  Menunggang kuda adalah pengalaman yang amat menyeronokkan kepada mereka yang sukakan cabaran. Pusat Equestrian juga telah  menawarkan pelbagai aktiviti termasuk latihan menunggang kuda, sewa kuda, ‘Fun Ride’ serta ‘Joy Ride’. Objektif Umum adalah Membantu individu membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi), juga dapat mempertingkatkan kecekapan otak kiri bagi menjadikan seseorang itu lebih peka dan tangkas dengan persekitaran.

Aktiviti berkuda memberi banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang menunggang¬nya seperti mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit selain menghilangkan tekanan. Ternyata aktiviti ini amat menyeronokkan dimana ke semua yang hadir dapat menunggang kuda dengan baik sekali yang mana ianya telah di beri tunjuk ajar oleh Jurulatih yang berpengalaman dari Terengganu Equestrian.  Apabila kita berkuda, fikiran akan menjadi lebih fokus kerana minda akan dilatih untuk memberi tumpuan terhadap cara menstabilkan diri supaya tidak jatuh serta mengawal pergerakan kuda itu sendiri.

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. 























1 comment:

  1. trimaksih buat penjelasanya gan,,,
    sangat membantu,,

    ReplyDelete