Thursday 12 January 2017

TIARANITA TERENGGANU MENGANJURKAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2017

  Pada 11 Januari 2017 (Rabu)  jam 2.30 petang bertempat di Medan Jaya Boardroom, Bangunan HFM, Komplek TM Medan Jaya Marang Terengganu,  TIARANITA Terengganu telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Ibu Tunggal dan Bantuan Persekolahan Sesi Tahun 2017 kepada ahli-ahli TIARANITA yang berkelayakan. Perihatin dengan nasib golongan yang memerlukan, TIARANITA Terengganu tampil menyalurkan sumbangan berupa wang tunai yang telah diperuntukkan melalui TIARANITA NASIONAL kepada penerima bagi membantu mereka sekaligus meraikan kegembiraan dan keceriaan anak-anak untuk menghadapi Sesi Persekolahan Tahun 2017.  Seramai lapan orang (8) ahli telah menerima sumbangan ini iaitu :
1)  Pn. MANISAH BINTI EMBONG
2)  Pn. ASRINA BINTI SALLEH
3)  PN. NUR FARIZAN BINTI AHMAD
4)  PN. SANISAH BINTI ZAKARIA
5)  PN. ROSELAWATI BINTI ABDUL HAMID
6)  PN. NORMALA BINTI AHMAD
7)  PN. NORHAIDA YAACUB
8)EN. MOHD ZAINI BIN AHMAD ( SUAMI KEPADA ALLAHYARHAMAH ROSOILAWATI BT MOHD )
Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Siti Salwah bt Hj Ahmad,  Presiden Tiaranita Terengganu kepada ahli-ahli yang layak dan terpilih.  Objektif utama program ini adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan kepada ahli.  Ianya juga adalah bertujuan bagi memupuk dan mengeratkan lagi perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan dan keperihatinan di antara Ahli Jawatankuasa dengan ahli-ahli TIARANITA Terengganu yang memerlukan.

TAHNIAH kepada semua penerima bantuan yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.

 










No comments:

Post a Comment