Saturday 17 June 2017

TIARANITA MENGANJURKAN KARNIVAL KL MEGARAYA 2017 BERTEMPAT DI DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM, TERENGGANU DARUL IMAN


Pada 15 -17 Jun 2017, Tiaranita Terengganu dengan Kerjasama Glass Go Media Sdn Bhd telah mengadakan Karnival KL MEGARAYA 2017 yang julung kali diadakan di negeri Terengganu bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Matlamat Tiaranita adalah untuk mencapai transformasi dan membuka pengalaman baru untuk para pengguna di Terengganu. Tiaranita mengorak langkah dengan berkolaborasi bersama Glass Go Media Sdn Bhd dalam menyediakan pakaian raya siap iaitu RTW (Ready To Wear) dengan membawakan kepada seluruh warga Terengganu  jenama-jenama tempatan yang terkemuka seperti Owl By Nora Danish, Dara By Fathia Latif, Izzue Ekslusif, El By Elfira Loy, Ameera Zaini, Shawl Publika, Rijal & Co dan banyak lagi. 

Di samping itu Karnival ini telah menyediakan satu platform yang menggabungkan pelbagai fesyen Islamik dengan lebih luas dan membuka banyak peluang pekerjaan bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya. Dalam era teknologi hari ini kelengkapan Haji dan Umrah kini boleh didapati melalui portal  membeli-belah Islamik dengan hanya satu klik sahaja. Anda tidak perlu risau untuk mencari barangan keperluan ibadah. Portal Haqqi disasar untuk menjadi hab kelengkapan ibadah haji dan umrah mampu milik terbesar di Malaysia. Justeru itu, bakal jemaah haji dan umrah lebih mudah untuk memperolehi barangan keperluan melalui hab ini dengan harga mampu milik serta menyediakan pelbagai jenis busana yang  kelihatan anggun dan menepati syariat  pada harga yang lebih murah dari harga yang berada dipasaran.Terdapat pelbagai koleksi jubah, kurta, baju melayu,  baju kurung, serta kelengkapan haji.
Anda juga boleh membeli secara online di Facebook kami atau terus ke laman web kami http://haqqi.com.my/

Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh YBhg. To' Puan Hajah Ramizah Hashim, isteri kepada Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan di iringi oleh En. Amiruddin Rizuan bin Khairun Ali, CEO Glass Go Media Sdn Bhd, Tuan Haji Hamidun Ismail Penaung Tiaranita Terengganu dan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu.
   
Semoga program ini akan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita disamping bershopping bersama keluarga dan seterusnya membentuk satu NETWORKING yang mantap diantara vendor-vendor di Terengganu dan vendor- vendor di Kuala Lumpur. Sebanyak 52 booth yang telah menyertai Karnival Megaraya 2017 ini









































No comments:

Post a Comment