Saturday 22 July 2017

Mesyuarat Agung Luar Biasa Tiaranita Nasional di Auditorium Pusat Konvensyen TM Kuala Lumpur



Pada 21hb Julai 2017 (Jumaat) seramai 6 orang mewakili Tiaranita Terengganu yang diketuai oleh Presiden, Pn. Hjh Siti Salwah bt Hj. Ahmad, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan 3 orang AJK telah menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa Tiaranita Nasional bertempat di Auditorium Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur. Mesyuarat bermula pada jam 1.00 petang dengan di mulai dengan Ucapan Pengerusi dan Pembentangan Cadangan Pindaan Perlembagaan Tiaranita. Beberapa cadangan pindaan telah pun di kenal pasti semasa mesyuarat berlangsung dan telah mendapat persetujuan dari semua ahli Tiaranita. Mesyuarat diserikan dengan kehadiran Isteri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, YBhg. Datin Sri Hajjah Siti Khatijah dan Presiden Tiaranita Nasional, Datin Hajjah Noorazah. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Pn. Hjh Siti Salwah bt Hj Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu dengan diiringi seramai 6 (enam) Ahli Jawatankuasa dari Tiaranita Terengganu.  Mesyuarat telah berakhir pada jam 3.00 petang.


No comments:

Post a Comment