Wednesday 16 August 2017

TIARANITA TERENGGANU MENGANJURKAN MAJLIS MAKAN MALAM BAGI MERAIKAN PENASIHAT DAN PRESIDEN TIARANITA


Tanggal 15 Ogos 2018 (Selasa) jam 8.00 malam bertempat di Hotel Sumai Kuala Terengganu, TIARANITA Terengganu telah mengadakan Majlis Makan Malam “ IKATAN KASIH KEKAL ABADI “ bagi meraikan Penasihat, Tn Hj Hamidun Ismail dan Presiden, Pn Hajjah Siti Salwah Hj Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatannya di TM Terengganu dan sekaligus di Tiaranita Terengganu.

Majlis diadakan adalah bertujuan untuk meraikan pertukaran Tn.Hj Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu mulai 16 Ogos 2018 ke TM Petaling Jaya, Selangor.  Di majlis yang sama juga Tiaranita Terengganu melahirkan rasa terharu kerana Pn. Hjh Siti Salwah Hj Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu juga akan turut menyusul bertukar mengikuti suami dan justeru itu beliau dengan ini melepaskan jawatan sebagai Presiden Tiaranita Terengganu mulai 15 Ogos 2017.

Majlis dimulai dengan ucapan dari Tn. Hj Hamidun dan di ikuti dengan Pn. Hjh Siti Salwah. Beliau melahirkan rasa amat terharu kerana berbagai peristiwa, aktiviti, program dan kenangan pahit manis yang telah dilalui disepanjang menerajui Tiaranita Terengganu.  Selama lebih kurang 5 tahun 2 bulan iaitu bermula pada tahun 2012 sehingga Ogos 2017 ini, beliau telah bertungkus lumus serta bekerja keras didalam meningkatkan prestasi Tiaranita Terengganu sekaligus bagi memertabatkan Tiaranita Terengganu di mata Tiaranita negeri yang lain termasuk Tiaranita Nasional.

Bertepatan dengan kesungguhan beliau dalam mempastikan Tiaranita Terengganu berada di persadanya yang tersendiri maka pengiktirafan sebanyak tiga (3) kali berturut-turut Tiaranita Terengganu telah dianugerahkan sebagai Anugerah Terunggul " BEST STATE AWARD " semasa program Hari Tiaranita Peringkat Nasional diadakan.  Inilah hadiah yang paling terunggul dan cemerlang dapat dihadiahkan kepada Tiaranita Terengganu keseluruhannya.

Seramai lebih kurang 25 orang ahli termasuk AJK telah hadir di majlis yang begitu harmoni  dan kebanyakan ahli yang hadir melahirkan rasa terharu serta diselubungi perasaan yang bercampur baur kerana merasakan satu kehilangan seorang pemimpin yang boleh diibaratkan sebagai sebutir permata yang cahayanya sentiasa menyinari sepanjang masa.  Seorang pemimpin yang “ talented, berinovatif, beraspirasi  tinggi “ dan ianya sukar di cari ganti.

Sebagai tanda kenan-kenangan Tiaranita Terengganu telah menyediakan sedikit cenderahati kepada Pn.Hajjah Siti Salwah Hj. Ahmad dan juga kepada Tn.Hj. Hamidun Ismail diatas segala bimbingan, tunjuk ajar, ilmu yang diberikan, tenaga yang dikerahkan, sokongan serta komitmen yang telah ditunjukkan dan berikan tanpa berbelah bahagi demi memastikan Tiaranita Terengganu tersenarai diantara Tiaranita negeri yang sentiasa cemerlang serta mencapai objektifnya yang tersendiri.  

Majlis Ikatan Kasih Kekal Abadi ini telah diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai bersama yang dirai. Semoga ikatan ukhuwah dan sillaturrahim diantara warga keluarga Tiaranita Terengganu dengan Pn. Hjh.Siti Salwah serta Tn. Hj.Hamidun Ismail akan terus berkekalan dan ikatan kasih ini akan kekal abadi didalam hati nurani sepanjang masa.
































No comments:

Post a Comment