Monday 27 November 2017

TIARANITA TERENGGANU MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA (WARGA EMAS ) TAMAN SEJAHTERA, WAKAF DUA BUKIT PAYUNG, MARANG TERENGGANU



Pada 26 November 2017 (Ahad) Tiaranita Terengganu telah mengadakan sesi lawatan ke rumah warga emas yang bertempat di Rumah Sejahtera, Taman Sejahtera Wakaf Dua, Bukit Payung Marang Terengganu.  Turut serta di sesi lawatan ini ialah Pn. Norhaizan Hassan, Presiden Tiaranita Terengganu yang di hadiri juga oleh lebih kurang (8) lapan orang ahli / AJK Induk Tiaranita. 
Didalam sesi lawatan tersebut, Tiaranita Terengganu telah memberi sedikit sumbangan berupa makanan dan buah-buahan kepada golongan berkenaan.  Sambutan yang diberikan semasa ketibaan Tiaranita Terengganu telah di sambut baik oleh Pn. Rohazni (Penyelaras) dan  sedikit penerangan telah diberikan oleh beliau berkenaan penghuni, kakitangan serta objektif penubuhan Rumah Sejahtera ini.

Sesi kunjungan yang ringkas ini juga telah diakhiri dengan sesi fotografi dan semoga sumbangan yang tidak seberapa dari Tiaranita Terengganu ini dapat menggembirakan golongan warga emas.































No comments:

Post a Comment