Saturday 2 December 2017

TIARANITA TERENGGANU DI MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017



Pada 30 November 2017 (Khamis) Tiaranita Terengganu yang diketuai oleh Pn. Norhaizan Hassan, Presiden Tiaranita Terengganu beserta dengan ahli-ahli dan AJK seramai 10 orang telah pun menghadiri “ PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017 “ bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. 

Tiaranita Terengganu telah turut sama-sama memeriahkan lagi program yang telah diatur dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu. Program ini telah disempurnakan perasmiannya olah YABhg To’ Puan Seri Hajah Halina bt Zakaria, isteri Menteri Besar Terengganu.

Berbagai aturcara telah pun diadakan sempena dengan majlis sambutan ini dan diantaranya ialah ceramah daripada YBhg Datuk Dr.Tengku Naufal bin Tengku Mansor, Pengamal Undang-Undang, Certified Trainer, Frequent Guest Speaker For Legal Literacy Training and Empowerment Programmes For Women bertajuk “ WANITA PERLU BERANI BERANI BERUBAH “.  Banyak tips-tips serta kata-kata motivasi yang telah diberikan oleh beliau bagi wanita-wanita yang ingin berjaya didunia global sekarang ini. 

Di samping ceramah tersebut persembahan istimewa Selebriti Tanah Air dari “ Wany Hasrita “  serta persembahan “ Demonstrasi Mempertahankan Diri “ oleh Pasukan T-Baton, PDRM, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu turut diadakan.

Majlis ini telah berlangsung dengan penuh meriah, harmoni dan telah berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 1.00 tengahari.










No comments:

Post a Comment