Tuesday 12 December 2017

“BOWLING ENGAGEMENT 2017“ dengan Kerjasama Kelab TM Terengganu



Pada 11 Disember 2017 (Isnin) TIARANITA Terengganu telah menganjurkan program “BOWLING ENGAGEMENT 2017“ dengan Kerjasama Kelab TM Terengganu. Program ini telah dikendlikan oleh Biro Sukan Tiaranita Terengganu yang di ketuai oleh Pn.Wan Ramlah Wan Omar serta AJK Kelab TM Terengganu.  Seramai lebih kurang 70 orang peserta termasuk ahli Tiaranita Terengganu serta AJK Kelab TM telah mengambil bahagian didalam acara bowling yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, meriah dan harmoni. 

Beberapa kategori telah dipertandingkan dan yang pastinya semua peserta tidak balik dengan tangan kosong.  Perlawanan dimulakan pada jam 3.30petang dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Norhaizan Hassan, Presiden Tiaranita Terengganu. Turut serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah En.Mohd Yazid bin Abd Manaf, Pengurus Besar Negeri, TM Terengganu.











No comments:

Post a Comment