Wednesday 25 December 2013

TIARA NITE 2013

Pada 18 Disember 2013, telah berlangsung dengan jayanya Majlis  "TIARA NITE” 2013 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Majlis yang melibatkan seramai 58 orang anggota dan ahli Tiaranita Terengganu ini adalah  bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat berpasukan (Engagement) sesama ahli Tiaranita  dan bagi melahirkan kumpulan yang lebih dinamik dalam mewujudkan “Sense Of Belongings” kepada TM serta menumpukan kepada keperihatinan kepada ahli yang kurang bernasib baik. Sesi ini   telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad. 

Di majlis ini juga, sumbangan untuk Bantuan Persekolahan dan  Ibu Tunggal serta sumbangan kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM bagi tahun 2012. Anggota TM yang bakal bersara pada hujung tahun ini iaitu Puan Normah Hj Talib juga telah diraikan pada majlis ini.  Tiaranita Terengganu amat komited dan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) dan telah berusaha menambah nilai melalui sumbangannya kepada Ahli Tiaranita Terengganu. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan menjadi memori serta KENANGAN YANG TERINDAH buat semua yang hadir. 

SYABASS!!..kepada Ahli Tiaranita yang telah hadir dan meningkatkan lagi silaturrahim dan  “Engagement” sesama Ahli….GO!!!..GO!!!...GO!!!...Team Power!!!...















PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU DI MAJLIS PELANCARAN KOMUNITI PERWANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah hadir ke Majlis Pelancaran Komuniti Perwani Peringkat Negeri Terengganu pada 18 Disember 2013, Rabu bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBhg. Datin Munirah Abdullah Bajanuddin serta Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Encik Saharuddin Mohd Kia.

Komuniti PERWANI 1Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS-8) yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kewangan (MOF) sebagai peneraju utama. Komuniti PERWANI 1Malaysia telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB Perdana Menteri sewaktu majlis 1Million Women Purple Walk pada 17 Mac 2013 di Putrajaya dan telah dilancarkan serentak di seluruh Negara dan Pelancaran PERWANI Terengganu adalah bertempat di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Melalui inisiatif PERWANI1Malaysia, KPWKM perlu mewujudkan 100,000 kumpulan jaringan wanita PERWANI di seluruh Malaysia yang bertindak sebagai agen transformasi di komuniti masing-masing.

Tiaranita Terengganu serta Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) didalam negeri Terengganu telah dijemput bagi menyertai semua aktiviti PERWANI yang bakal diadakan pada tahun 2014 nanti dan seterusnya bakal mewujudkan komuniti Tiaranita PERWANI seramai 20 orang dengan matlamat untuk membantu menjadi sukarelawan dan membantu kumpulan sasar agar dapat berdikari dan memiliki kemahiran melalui latihan dan bimbingan selain dari ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah.







Thursday 19 December 2013

Kunjungan Presiden Tiaranita Nasional Sempena Lawatan Mangsa Banjir di Chukai, Kemaman


Presiden Tiaranita Terengganu Bersama SGM menerima kunjungan Presiden Tiaranita Nasional sempena lawatan mangsa banjir di Chukai, Kemaman
                       
YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid, Presiden Tiaranita Nasional telah melakukan lawatan mesra bagi meninjau dan melihat sendiri suasana banjir yang telah melanda daerah Kemaman dan telah melibatkan anggota TM dan perkhidmatan TM di Kawasan berkenaan. Pada 12 Disember 2013, Pengurus Besar Negeri, Tuan Haji Hamidun Ismail dan  Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah mengiringi aktiviti lawatan YBhg Puan Sri ke Ibusawat Chukai, rumah ahli tiaranita mangsa banjir dan penyampaian sumbangan kepada 7 orang ahli tiaranita  terlibat. Yang turut hadir ialah, Setiausaha Tiaranita Nasional, Puan Zaleena Abd Ghani, Bendahari Tiaranita Nasional, Puan Indriati Maisarah Indera Putra, Ketua Biro Kebajikan Tiaranita Nasional, Datin Dalillah Hashim, Ahli Tiaranita Terengganu dan Rouvers Terengganu.

Rasa prihatin dan tanggungjawab yang mendalam telah mendorong YBhg Puan Sri untuk berkunjung ke rumah ahli tiaranita mangsa banjir  dan menyampaikan sumbangan kepada ahli yang terlibat.  Puan Sri telah melawat dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Fatimah Ismail (ZBT CKI), Puan Siti Meriam Tahar (ZFT), Puan Zunaini Mamat (TMPoint), Cik Tg Nur Fadzliana Tg Muda (TMPoint), Puan Haslinda Husein (TMPoint), Puan Rahana Ismail (TMPoint) dan Puan Fuziah Alias (ZFT). Presiden Tiaranita Terengganu juga telah  menyampaikan sumbangan “High Pressure Water Jet”,  kain batik, makanan kepada keluarga dan anggota TM Ibusawat Chukai yang menjadi mangsa banjir. Sumbangan Tuala dari Bakit Terengganu juga disampaikan oleh Tuan Haji Hamidun Ismail kepada mangsa banjir di Ibusawat Chukai, Kemaman.

Kunjungan Puan Sri  ini telah memberi dorongan semangat bagi semua ahli  yang terlibat supaya sentiasa sabar dan gigih menghadapi apa jua cabaran. Ucapan Terima Kasih dan Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama anggota yang bertugas semasa banjir melanda di Ibusawat Chukai.








Wednesday 18 December 2013

PROGRAM "EMBRACING CHANGE" TIARANITA TERENGGANU

Pada 10-11 Disember 2013, telah berlangsung Program “EMBRACING CHANGE” di Sutra Beach Resort, Kg Rhu Tapai, Merang, Kuala Terengganu. Program yang melibatkan anggota dan ahli Tiaranita Terengganu ini adalah untuk menyokong usaha pengurusan dalam membentuk budaya COOL dikalangan warga kerja yang terdiri dari semua kakitangan TM Terengganu yang juga merupakan ahli tiaranita Terengganu dengan pendedahan kepentingan untuk sentiasa peka kepada perubahan dan keperluan syarikat dari semasa ke semasa dengan perubahan suasana perniagaan dan permintaan pelanggan dalaman dan luaran dan dapat menambahbaik serta mengukuhkan hubungan antara TM, NGO’s dan Kerajaan Negeri Terengganu.  Sehubungan itu juga dapat melahirkan kakitangan yang bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap TM dan mewujudkan ”Sense Of Belongings” serta semangat kerja berpasukan yang LUARBIASA secara bersama melalui perancangan dan perlaksanaan yang lebih sistematik ke arah mencapai matlamat perniagaan TM Terengganu serta dapat meneroka peluang dan juga inisiatif dan idea baru yang luarbiasa dan bagi memantapkan dan  merealisasikan sasaran perniagaan TM Terengganu terutama dalam tempoh suku terakhir tahun 2013. Sesi Perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad dan Sesi Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Negeri, Tuan Haji Hamidun Ismail. 

MASTER TRAINER yang terlibat iaitu Encik Mohd Azwan Zainal Abidin dan  Kapten  Norehan Mohamed Noor  telah dijemput bagi mengendalikan “TWP, Transform Your Life & Ways to Think Outside of the box”.   Satu aktiviti luar dan memperkenal konsep   TERKINI yang meliputi ”Tools Orientating” telah memberi impak dan pencerahan baru kepada anggota TM Terengganu bagi menuju alaf baru 2014 nanti.   Program ini telah dapat memberi satu anjakan paradigma kepada semua anggota yang terlibat dalam program ini dan telah dapat membantu membakar semangat dan seterusnya mencapai objektif yang tersebut diatas nanti. Cetusan idea dari ahli amat penting bagi perlaksanaan inisiatif semua pihak berjalan dengan lancar. Percambahan minda dalam  “Teaming With Passion” dan “Transform Your Life”   ini akan menjadi platform untuk merelisasikan PIP 3.0 dan aspirasi budaya kerja “Think Outside The Box And Beyond Our Box” di TM Terengganu.

SYABASS!!..kepada semua peserta yang telah menghayati semangat kerja luar biasa, berkerjasama, lebih fokus dan mengukuhkan iltizam untuk melonjakkan prestasi TM Terengganu setiap masa. GO!!!..GO!!!...GO!!!...Team Power!!!...